Sunday, August 31, 2008

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Esok 01/09/2008 bermula la umat islam menunaikan amalan berpuasa di bulan Ramadhan.dengan turunya hujan diwaktu malam ini mungkin akan mengiringi umat islam bersahur nanti.

kepada semua umat islam di Malaysia selamat berpuasa.kepada DSAI sekeluarga juga...
selamat berpuasa.......dan juga kepada keluarga besar Anwar Ibrahim Club (AIC)...

Wednesday, August 27, 2008

DSAI Menang!!!!!



DSAI menang mudah di permatang pauh.Tahniah DSAI.jangan lupakan janji DSAI sebelum nie.terus lawan dan lawan......
tunjukkan kepada semua DSAI di landasan yang betul dalam perjalanan ke Putrajaya.teruskan perjuangan DSAI !!!!!!

Friday, July 18, 2008

KRONOLOGI GERAKAN ANWAR - SEJAK HADIR DI BPR, PUTRAJAYA DAN DI IPK KUALA LUMPUR

KRONOLOGI GERAKAN ANWAR - SEJAK HADIR DI BPR, PUTRAJAYA DAN DI IPK KUALA LUMPUR
Khamis, 17 Julai 2008 •
16 Julai

10:05 pagi : Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung laporannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara 1 Julai lalu.

12:10 tengah hari : Anwar selesai memberi keterangan kepada BPR.

1:00 tengah hari : Anwar ditahan polis berdekatan dengan rumahnya di Bukit Segambut.

1:15 tengah hari : Anwar tiba di Ibu Pejabat Polis Kontigen Kuala Lumpur (IPKKL).

1:30 tengah hari : Isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama ananknya, Nurul Nuha tiba di IPKKL.

2.30 petang : Anwar mula memberi kenyataan kepada polis berhubung kes liwatnya dengan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

3:15 petang : Dr. Wan Azizah dan peguam Anwar, Sankara Nair memberi kenyataan kepada pihak media yang menunggu di luar IPKKL.

8.35 malam : Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani ujian DNA.

8.45 malam : Anwar tiba bersama kenderaan polis di Hospital Kuala Lumpur.

9.00 malam : Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ditemui Azmin Ali, Naib Presiden PKR di bangunan Parlimen.

10.20 malam : Anwar selesai menjalani ujian DNA dan bergerak pulang bersama kenderaan polis ke IPKKL.

10.30 malam : Peguam Anwar berkata, Anwar menjalani pemeriksaan biasa di HKL dan ujian DNA tidak dijalankan hari ini. Anwar tidak membenarkan sampel DNA diambil.

11.30 malam : Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah tiba di IPK KL dengan beg, dipercayai pakaian untuk Anwar.

11:45 malam : Anggota MT PKR, Badrul Hisham Syahzani mengisytiharkan gerakan reformasi bermula malam ini.

17 Julai

12.10 tengah malam: Peguam Anwar, Sankara Nair mengesahkan anak guamnya akan ditahan malam ini.

12.24 tengah malam: Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd. Akin menenangkan penyokongnya di kawasan IPK KL dengan meminta mereka supaya tidak bertindak ganas.

12.35 tengah malam: Sivarasa memaklumkan polis akan menyambung mengambil keterangan daripada Anwar pukul 7.30 pagi (Khamis) dan akan memutuskan pada pukul 1 tengah hari sama ada dihadapkan di mahkamah ataupun sebaliknya.

9.45 pagi: Anwar dibebaskan dan dibawa pulang ke Mahkamah, beliau dikehendaki untuk melapor diri di IPK KL bulan hadapan. Beliau yakin tuduhan berkenaan tidak berasas sekiranya polis menjalankan tugas secara profesional dan telus.

Isu Altantuya, Anwar cabar polis siasat Najib berkaitan pembunahan wanita Mongolia

SUMBER: www.suarakeadilan.com

Thursday, July 17, 2008

DSAI bebas...

mengemparkan!!!! DSAI ditahan di hadapan rumahnya.dengan belasan kereta polis dan UTK,telah menahan DSAI.penahanan ini agak mengemparkan kerana jika diikutkan,DSAI perlu ada sebelum pukul 2 petang di IPK KL.

Ini menunjukkan terdesak nya pimpinan BN dalam cuba menghalang DSAI untuk terus berjuang.kebelakangan ini agak banyak tohmahan ke atas DSAI

Semasa menaip ini,DSAI telah kembali ke rumah.dan dijangka akan mengadakan satu sidang akhbar pada pukul 2 petang nanti.

Mari kita tunggu apa yang akan DSAI katakan...................

Anwar Bebas

Malaysiakini: Anwar freed on police bail17/07/08 0 comments

Jul 17, 2008

PKR de facto leader Anwar Ibrahim has been freed on police bail this morning. He was seen leaving with his family and lawyers in a car at 9.45am.

MCPX
He has gone back to his house in Bukit Segambut, Kuala Lumpur and is expected to call a press conference at 2pm.

Anwar Bebas

Malaysiakini: Anwar freed on police bail17/07/08 0 comments

Jul 17, 2008

PKR de facto leader Anwar Ibrahim has been freed on police bail this morning. He was seen leaving with his family and lawyers in a car at 9.45am.
He has gone back to his house in Bukit Segambut, Kuala Lumpur and is expected to call a press conference at 2pm.

Wednesday, July 16, 2008

DSAI ditahan !!!!

Siaran Media
16 July 2008

ANWAR TELAH DITAHAN

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditahan oleh polis kira-kira jam 1.00 tengahari sebentar tadi.

Beliau pulang ke rumah selepas disoalsiasat oleh Badan Pencegah Rasuah pagi ini sebelum bertolak ke IPK. Beliau ditahan dan dibawa dengan kereta polis semasa dalam perjalanan ke IPK KL.

Penyokong diminta berkumpul secara tenang di IPK KL untuk memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.







Malaysiakini: Anwar ditahan polis bertopeng
Jul 16, 08 1:15pm
Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.

Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.

Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.

Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.

Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.

Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.

Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.

Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.

Kira-kira 200 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur.

Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.

Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.

Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Dalam pindaan terbaru, peruntukan ini berbunyi seperti berikut: Di bawah seksyen ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu.

Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.





[Berita penuh menyusul]

Friday, July 4, 2008

Pemimpin Ulung,Ayah dan Datuk......




Dato' Seri Anwar dan Datin Seri Wan Azizah bersama cucunya.Gambar ini disalin dari blog DSAI http://anwaribrahimblog.com.Semoga DSAI dan keluarga sentiasa diLindungi oleh ALLAH.amin

Wednesday, June 18, 2008

Kenaikan harga barang.....

Harga barang..........

kesan mendadak tentang kenaikan harga barang agak mengejutkan.hanya tak sampai sebulan harga petrol naik.harga barang terus naik mendadak.kementerian yang dipertanggungjawabkan lansung mendiamkan diri.ntah kenapa mesti begini.

PETRONAS.....
satu jenama Malaysia.telah bertahun menabur budi kepada Malaysia.menjadi makian rakyat yang tidak berpuas hati mengenai kenaikan harga minyak.Semalam Tan Sri CEO Petronas telah menerangkan bahawa keuntungan mereka diselenggara oleh kerajaan.mengapa kerajaan tidak menyelengara dengan berhemah?ntah,apa nak jadi kerajaan sekarang.tolong la jgn berterusan begini....

SCOMI
Nama yang tak perlu diperkenalkan lagi.semua tahu siapa dalang dibelakang nama SCOMI.kenapa semua projek nak disapu bersih?tak cukup lagi ke apa yang dah berlaku?
Tahniah kepada YB Bong Mokhtar yang memanaskan Parlimen tentang RAPID KL.mengapa masih mengatakan RAPID KL boleh rugi padahal SCOMI dipegang oleh orang tertentu?

ntah la apa kejadah semua nie....!!! rakya makin tertekan dan mengharapkan sesuatu yang perlu dilakukan.nak harapkan Menteri KPDN/HEP hanya tahu cakap je.patutla dia nie pernah wat hal.cakap tak serupa bikin.....

Rakyat....
Nak wat cam mana kan teruskan je la kehidupan nie.tapi membenci kerajaan makin menebal dalam sanubari semua.janji untuk aman,makmur dan sejahtera makin menghilang...cuma tak mau negara akan jadi porak peranda hanya kerana ada kerajaan yang tidak bertanggungjawab....

nak kOmen apa lagi kan...........

p/s: cuma tertanya-tanya KENAPA pak lah beria-ia untuk menarik sket subsidi minyak kepada sektor lain terutama pengangkutan awam.Untuk Scomi kOt?....

Thursday, June 5, 2008

Sekadar renungan.............pikir la sendiri


Di Mana Kah Subsidi Petrol??


Mengejutkan !!!!


05/06/2007 12:00 pagi/ tarikh keramat bagi rakyat MALAYSIA.satu tarikh yang menjadi titik permulaan kepada kenaikan kos hidup dan kos yang lain.petrol naik kepada rm2.70.kenaikan harga lebih kepada 40%


Mana nak disalurkan subsidi yang telah di struktur semula oleh kerajaan.telus kah pembahagian subsidi nanti?melihat perlaksanaan atas kertas,nampak mudah.kenapa mesti subsidi minyak di strukur semula?


tidak kah kerajaan tahu dengan penstrukturan semula,semua harga barangan akan naik dengan mendadak.........sedang harga barangan yang dikawal pun boleh naik sewenang-wenangnya.inikan pula harga barangan yang tidak di kawal...


tak ada jalan lain ke selain apa yang dilakukan.mungkin kerajaan dah tak mampu dalam menangani masalah petrol sekarang.apa dah jadi kepada kerajaan sekarang.kalau kerajaan tiada duit utk menampung semua ini PM dan menteri kabinet punya gaji perlu di struktur kan semula.jangan la terlalu bermewah jadi la kerajaan islam yang memakmurkan rakyat.untuk apa PM dan menteri kabinet bermewah tapi rakyat yang menanggung semua ini


kerajaan bermegah dengan projek mega di sana sini........tapi duit tak de.bukan kah itu satu pembaziran yang jelas??????sekarang apa dah jadi?mana janji dalam manifesto utk memakmurkan rakyat.kalau dah tak boleh memimpin,cari la atau gantikan saja pemimpin yang ada.kepada pemimpin yang selalu diatas tu...pikirkan la.......


Pemimpin tanpa rakyat,apa la akan berlaku?jangan la negara huru hara hanya kerana keputusan yang tidak tepat yang hanya mengikut kepentingan orang tertentu....


Gemilang,Terbilang dan Cemerlang????????Ye ke..........renung renung kan

Thursday, April 24, 2008

Mana kan ku cari duit lebih.......

tahun nie agak teruk ekonomi.harga barang pun naik.selepas apa yang dialami oleh rakyat Malaysia selepas pilihanraya .Barang makanan naik mendadak telah menyebabkan rakyat kelas bawahan agak gusar.

diharapkan kerajaan yang memerintah sekarang dapat menjaga kebajikan rakyat.barang naik,tangga gaji masih ditakuk lama.peluang untuk mencari duit agak kelam.susah juga memikirkannya.mana kan ku cari duit lebih untuk menampung keluarga.

kels bawahan agak resah menerima tentang kenaikan harga barang.beras,mee dan juga barangan makanan naik mendadak tanpa sebarang petanda.

harap kerajaan dapat membantu secara terus dalam mengawal kenaikan harga yang melampau ini.jangan la hanya berpihak kepada pihak peniaga.semoga dapat memberi keseimbangan diantara pengguna dan peniaga.

Thursday, March 27, 2008

Masih menunggu??



Apa dah jadi kepada Idris Jusoh?sampai sekarang masih ingin mengekalkan jawatan
Menteri Besar Terengganu.Sebagai anak melayu,idris sepatutnya mengikut budi bicara
Tuanku Sultan.

Kenapa idris masih berkeras dengan jawatan Menteri Besar?

Banyak cakap2 kedai kopi idris tak dapat jawatan kerana Tuanku Sultan murka kerana
beberapa sebab.

-mana wang ehsan yang diberikan untuk rakyat?
-apa dah jadi masa kejadian Batu Burok
-mungkinkah banyak projek di terengganu masuk poket pihak tertentu.....
-kenapa semua ADUN menyokong idris.tidak kah mereka tahu perbuatan mereka telah
menderhaka kepada Sultan
-kenapa masa negeri perak bergolak?UMNO sibuk pasal intitusi Beraja?/???


idris telah diberi watikah oleh pak lah untuk melantik kembali idris untuk menjadi
menteri besar.tapi pihak istana menolak watikah itu.kini rakyat hanya melihat situasi
ini,adakah Umno akan menjadi rakyat yang mendengar titah sultan atau menderhaka dengan sibuk untuk menjaga kepentingan pihak tertentu.

kepimpinan pak lah goyang,dengan kekalahan teruk.daya pemimpin oleh pak lah mula terhakis.cakap2 kedai kopi mengatakan byk keputusan pak lah adalah untuk pihak tertentu.

ini cukup jelas apabila shahidan tidak terpilih kembali dalam menjawat kembali jawatan menteri besar.

tahniah kepada ahli Umno yang berani dalam membincangkan pelbagai masalah.berbanding dengan ahli yang hanya tahu menjaga kepentingan sendiri.Kembali la kepada perjuangan
UMNO semula.sejarah banyak menunjukkan kegagalan parti adalah kerana orang tertentu lari dari perjuangan yang sebenar.belajar sejarah kembali bagaimana semua ini terjadi

Kekalahan teruk BN adalah tanda yang cukup untuk membuka mata semua.Fikirkan semua ini,mana letaknya orang melayu 4 tahun akan datang.semua ini penting kalau ingin melihat melayu maju.Jangan sibuk pasal kenapa BN kalah tapi,fikirkan ke mana hala tuju orang melayu untuk terus hidup....................buang semua kepentingan.jadi la pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman yang sanggup merantau untuk kemerdekaan....semangat Melayu harus mekar selamanya.


Tuesday, March 18, 2008

Malaysia kembali pulih....

8 Mac satu keramat bagi semua rakyat Malaysia.Pilihan telah dapat dilakukan dengan betul
Pilihanraya umum kali ini telah menjadi satu tsunami bagi Barisan Nasional dan permulaan baru bagi Barisan Alternatif.

Perlis:

agak kecoh kerana agak lambat dalam perlantikan Menteri Besar.Mantan Menteri Besar asyik turun naik ke Putrajaya.Tapi Tuanku Sultan Sirajuddin kekal dengan titahnya.Perlis mendapat Menteri Besar yang baru.

Kedah:

Barisan Alternatif berjaya menawan Kedah dengan majoriti di mana dapat memerintah Kedah.Menteri Besar telah dilantik dengan keadaan aman.Tahniah PAS,PKR dan parti lain.Selamat menjalankan tugas.tunaikan janji apa yang dijanjikan....

Pulau Pinang:

DAP agak mengejutkan di Pulau Pinang.Ketua Menteri baru dari DAP.Apapun berlaku jangan orang melayu di sana di pinggirkan.

Perak:

Agak kecoh juga dimana DAP memulaukan titah Tuanku Raja Nazrin dalam memilih Menteri Besar.Tapi setelah semua pihak menandatangani persetujuan.Akhirnya Menteri Besar dilantik atas titah Diraja.Semoga semua exco dapat menjalankan tugas dengan elok


Selangor:

negeri yang dianggap kubu kuat Barisan tumbang dek kuasa rakyat.Tan Sri Khalid jadi Menteri Besar.Semoga Selangor bertambah maju.

Kuala Lumpur:

tahniah kepada semua yang menang....


Negeri Sembilan:

Masih kubu kuat Barisan,tapi ada penyandang yang gagal dalam pilihan rakyat kali ini.
tanda-tanda protes rakyat kuat di beberapa kawasan


Melaka:

Masih kuat cuma DAP dapat memenangi beberapa kerusi.'Fix deposit' bagi Barisan Nasional.


Johor:

Sama macam Melaka.Barisan Nasional masih kuat.Juga 'Fix Deposit' bagi Barisan Nasional.


Pahang:

tanpa tentangan Barisan masih memegang tampok pemerintahan.


Terengganu:

Sehingga kini,masih tidak diketahui siapa yang bakal menjadi Menteri Besar.Kita tunggu dan lihat.

Kelantan:

Tok Guru masih relevan lagi.Rakyat kelantan masih percaya kepada pimpinan PAS.
Takbir !!!!


Sabah&Sarawak:

Barisan masih kuat.Mungkin kerana parti pembangkang disana tidak berapa kuat.


apa apa pun semua yang menang adalah dari pilihan rakyat.Maka janji yang ditaburkan harus ditunaikan.janganlah nak pilihanraya akan datang barulah nak tunaikan.Kebajikan rakyat perlu dijaga......menjadi pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang boleh memimpin rakyat,bukan di pimpin oleh pihak tertentu.kepada semua teruskan perjuangan...

Sunday, March 16, 2008

Dasar Ekonomi Baru

Petikan dari Harakah.net.




Hak Melayu dijamin Perlembagaan, DEB hanya retorik Umno
Tarmizi Mohd Jam Sun Mar 16, 08 12:29:14 pm MYT
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Hrkh) - Kebelakangan ini Umno dan media massa yang dimilikinya begitu riuh meratapi apa yang mereka dakwa sebagai pengkhianatan Dasar Ekonomi Baru (DEB). -->-->
Dan tak semena-mena para ahli dan penyokong Umno sedar bahawa tunjuk perasaan dan berhimpun secara aman perlu untuk mereka. Selama ini mereka mengutuk perhimpunan aman dan mendakwa ia akan menjadi punca keganasan.
Apakah DEB itu?
"Sebenarnya DEB itu bukan undang-undang; ia hanyalah dasar atau polisi Umno yang kemudiannya diserapkan ke dalam peraturan dan pekeliling kerajaan, termasuk dalam soal pembahagian tender kontrak dan sebagainya," jelas Profesor Dr. Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas.
Beliau menambah, setahu beliau tidak ada dokumen rasmi yang menjelaskan asal usul, perincian dan pencapaian dasar ini yang dikatakan dimulakan pada 1971.
Katanya lagi, sama dengan 'Islam Hadhari', dasar-dasar Umno ini tidak jelas dan kadang-kadang tenggelam dan timbul.
"Itulah yang berlaku kepada Wawasan 2020 yang dipelopori oleh pentadbiran Mahathir. Di dalam pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi Wawasan 2020 tidak diberi perhatian. Sebaliknya ia mencanangkan semula Rukunegara yang dicipta oleh pentadbiran Abdul Razak Hussein," jelas Dr. Abdul Aziz lagi.
Jadi DEB, Rukunegara, Wawasan 2020 dan Islam Hadhari ini hanyalah gimik setiap Perdana Menteri yang dicipta untuk dijadikan slogan masing-masing.
Dasar dan slogan ini terkubur dengan kematian atau perletakan jawatan Perdana Menteri berkenaan. Dan seolah-olah mereka sengaja meletakkan tarikh penamat gimik-gimik itu jauh di hadapan; semacam hendak mempastikan bahawa mereka sudah tiada apabila dasar itu tamat.
Oleh kerana DEB sekadar dasar dan gimik Umno maka tidak salah jika Kerajaan DAP di Pulau Pinang tidak melaksanakannya.
DEB hanyalah satu program di bawah Perkara 153 yang melindungi kedudukan istimewa Melayu.
Umno dan media menggambarkan seolah-olah DAP telah melanggar Perlembagan atau undang-undang.
Walau apa pun, Dr. Abdul Aziz menyambung, kita tidak pasti sama ada ia masih berjalan atau tidak kerana pada awalnya DEB, yang dimulakan pada 1970, hendak ditamatkan pada 1990. Tetapi oleh kerana ia gagal maka ia pun dilanjutkan. Umno jelas takut dipertanggung jawabkan atas kegagalan DEB itu.
Malangnya masyarakat Melayu melihat DEB seperti keramat yang tidak boleh dikritik apa lagi dikesampingkan.
Tragedi yang berlaku di sini ialah dasar-dasar itu tidak pernah dibincang dan dinilai secara telus, sebaliknya ia diwar-warkan ke sana ke mari untuk tujuan politik dan mengugut orang Melayu.
"Yang mengikat dan menjadi peraturan kita ialah Perlembagaan, dan ia mengikat semua orang, tak kira Melayu atau tidak," kata Dr. Abdul Aziz lagi.
Bagaimanapun pakar Perlembagaan dari UIAM itu menjelaskan, ia bukanlah sampai ke tahap menggantikan Al-Qur'an.
Beliau berkata Perlembagaan hanyalah dokumen perundangan yang kita gunakan untuk mentadbir selain menjamin hak-hak kita sebagai warganegara.
"Dan tak perlulah kita memasukkan elemen-elemen seperti Rukunegara, Wawasan 2020 dan seumpamanya kerana ia akan mencampur aduk dan mengelirukan kita semua," ujarnya lagi.- tajdid

Wednesday, March 12, 2008

Kuasa Rakyat...............

Tahniah kepada semua yang memilih wakil rakyat melalui kuasa yang diberikan.Agak memeranjatkan banyak negeri telah jatuh ke tangan Barisan Alternatif.tahun 2008 telah
membawa kepada satu corak pemerintahan yang berlainan.

Selama 50 tahun Malaysia merdeka,Barisan Nasional telah mendominasi kerusi Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri.Boleh dikatakan hanya Kelantan 'fix deposit' parti pembangkang.

Kekuatan parti pembangkang telah meletup dengan kehadiran kembali Dato' Seri Anwar Ibrahim...............Aura DSAI masih lagi kuat,walaupun telah dimasukan ke dalam penjara.
1998 detik yang tak dapat dilupakan oleh semua reformis.....

DSAI telah membawa satu perasaan berani bagi semua rakyat.Parti Keadilan Rakyat bawah pimpinan Datin Seri Wan Azizah telah membuka mata semua rakyat.Tahniah Datin Seri !!

Selaku Penasihat PKR DSAI telah meyakinkan rakyat untuk menunjukkan kuasa rakyat yang sebenar.Fakta yang di berikan DSAI sepanjang penjelajahan ke seluruh tanah air,telah membuka mata hati rakyat.Rakyat selama ini menginginkan seorang pemimpin yang tegas,berjiwa pemimpin dan berani kerana benar !!!!

Tahniah juga kepada Puteri Reformis Yb Nurul Izzah yang telah berjaya dalam percubaan pertama menyelami dunia politik Malaysia.Semoga Yb dapat menjalankan tugas dengan baik dan berani,sebaik Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Apa jua keadaan sekarang tahniah kepada BARISAN ALTERNATIF kerana berjaya memenangi
hati rakyat.


TAKBIR !!!!!!!!!