Thursday, March 27, 2008

Masih menunggu??



Apa dah jadi kepada Idris Jusoh?sampai sekarang masih ingin mengekalkan jawatan
Menteri Besar Terengganu.Sebagai anak melayu,idris sepatutnya mengikut budi bicara
Tuanku Sultan.

Kenapa idris masih berkeras dengan jawatan Menteri Besar?

Banyak cakap2 kedai kopi idris tak dapat jawatan kerana Tuanku Sultan murka kerana
beberapa sebab.

-mana wang ehsan yang diberikan untuk rakyat?
-apa dah jadi masa kejadian Batu Burok
-mungkinkah banyak projek di terengganu masuk poket pihak tertentu.....
-kenapa semua ADUN menyokong idris.tidak kah mereka tahu perbuatan mereka telah
menderhaka kepada Sultan
-kenapa masa negeri perak bergolak?UMNO sibuk pasal intitusi Beraja?/???


idris telah diberi watikah oleh pak lah untuk melantik kembali idris untuk menjadi
menteri besar.tapi pihak istana menolak watikah itu.kini rakyat hanya melihat situasi
ini,adakah Umno akan menjadi rakyat yang mendengar titah sultan atau menderhaka dengan sibuk untuk menjaga kepentingan pihak tertentu.

kepimpinan pak lah goyang,dengan kekalahan teruk.daya pemimpin oleh pak lah mula terhakis.cakap2 kedai kopi mengatakan byk keputusan pak lah adalah untuk pihak tertentu.

ini cukup jelas apabila shahidan tidak terpilih kembali dalam menjawat kembali jawatan menteri besar.

tahniah kepada ahli Umno yang berani dalam membincangkan pelbagai masalah.berbanding dengan ahli yang hanya tahu menjaga kepentingan sendiri.Kembali la kepada perjuangan
UMNO semula.sejarah banyak menunjukkan kegagalan parti adalah kerana orang tertentu lari dari perjuangan yang sebenar.belajar sejarah kembali bagaimana semua ini terjadi

Kekalahan teruk BN adalah tanda yang cukup untuk membuka mata semua.Fikirkan semua ini,mana letaknya orang melayu 4 tahun akan datang.semua ini penting kalau ingin melihat melayu maju.Jangan sibuk pasal kenapa BN kalah tapi,fikirkan ke mana hala tuju orang melayu untuk terus hidup....................buang semua kepentingan.jadi la pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman yang sanggup merantau untuk kemerdekaan....semangat Melayu harus mekar selamanya.


Tuesday, March 18, 2008

Malaysia kembali pulih....

8 Mac satu keramat bagi semua rakyat Malaysia.Pilihan telah dapat dilakukan dengan betul
Pilihanraya umum kali ini telah menjadi satu tsunami bagi Barisan Nasional dan permulaan baru bagi Barisan Alternatif.

Perlis:

agak kecoh kerana agak lambat dalam perlantikan Menteri Besar.Mantan Menteri Besar asyik turun naik ke Putrajaya.Tapi Tuanku Sultan Sirajuddin kekal dengan titahnya.Perlis mendapat Menteri Besar yang baru.

Kedah:

Barisan Alternatif berjaya menawan Kedah dengan majoriti di mana dapat memerintah Kedah.Menteri Besar telah dilantik dengan keadaan aman.Tahniah PAS,PKR dan parti lain.Selamat menjalankan tugas.tunaikan janji apa yang dijanjikan....

Pulau Pinang:

DAP agak mengejutkan di Pulau Pinang.Ketua Menteri baru dari DAP.Apapun berlaku jangan orang melayu di sana di pinggirkan.

Perak:

Agak kecoh juga dimana DAP memulaukan titah Tuanku Raja Nazrin dalam memilih Menteri Besar.Tapi setelah semua pihak menandatangani persetujuan.Akhirnya Menteri Besar dilantik atas titah Diraja.Semoga semua exco dapat menjalankan tugas dengan elok


Selangor:

negeri yang dianggap kubu kuat Barisan tumbang dek kuasa rakyat.Tan Sri Khalid jadi Menteri Besar.Semoga Selangor bertambah maju.

Kuala Lumpur:

tahniah kepada semua yang menang....


Negeri Sembilan:

Masih kubu kuat Barisan,tapi ada penyandang yang gagal dalam pilihan rakyat kali ini.
tanda-tanda protes rakyat kuat di beberapa kawasan


Melaka:

Masih kuat cuma DAP dapat memenangi beberapa kerusi.'Fix deposit' bagi Barisan Nasional.


Johor:

Sama macam Melaka.Barisan Nasional masih kuat.Juga 'Fix Deposit' bagi Barisan Nasional.


Pahang:

tanpa tentangan Barisan masih memegang tampok pemerintahan.


Terengganu:

Sehingga kini,masih tidak diketahui siapa yang bakal menjadi Menteri Besar.Kita tunggu dan lihat.

Kelantan:

Tok Guru masih relevan lagi.Rakyat kelantan masih percaya kepada pimpinan PAS.
Takbir !!!!


Sabah&Sarawak:

Barisan masih kuat.Mungkin kerana parti pembangkang disana tidak berapa kuat.


apa apa pun semua yang menang adalah dari pilihan rakyat.Maka janji yang ditaburkan harus ditunaikan.janganlah nak pilihanraya akan datang barulah nak tunaikan.Kebajikan rakyat perlu dijaga......menjadi pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang boleh memimpin rakyat,bukan di pimpin oleh pihak tertentu.kepada semua teruskan perjuangan...

Sunday, March 16, 2008

Dasar Ekonomi Baru

Petikan dari Harakah.net.




Hak Melayu dijamin Perlembagaan, DEB hanya retorik Umno
Tarmizi Mohd Jam Sun Mar 16, 08 12:29:14 pm MYT
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Hrkh) - Kebelakangan ini Umno dan media massa yang dimilikinya begitu riuh meratapi apa yang mereka dakwa sebagai pengkhianatan Dasar Ekonomi Baru (DEB). -->-->
Dan tak semena-mena para ahli dan penyokong Umno sedar bahawa tunjuk perasaan dan berhimpun secara aman perlu untuk mereka. Selama ini mereka mengutuk perhimpunan aman dan mendakwa ia akan menjadi punca keganasan.
Apakah DEB itu?
"Sebenarnya DEB itu bukan undang-undang; ia hanyalah dasar atau polisi Umno yang kemudiannya diserapkan ke dalam peraturan dan pekeliling kerajaan, termasuk dalam soal pembahagian tender kontrak dan sebagainya," jelas Profesor Dr. Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas.
Beliau menambah, setahu beliau tidak ada dokumen rasmi yang menjelaskan asal usul, perincian dan pencapaian dasar ini yang dikatakan dimulakan pada 1971.
Katanya lagi, sama dengan 'Islam Hadhari', dasar-dasar Umno ini tidak jelas dan kadang-kadang tenggelam dan timbul.
"Itulah yang berlaku kepada Wawasan 2020 yang dipelopori oleh pentadbiran Mahathir. Di dalam pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi Wawasan 2020 tidak diberi perhatian. Sebaliknya ia mencanangkan semula Rukunegara yang dicipta oleh pentadbiran Abdul Razak Hussein," jelas Dr. Abdul Aziz lagi.
Jadi DEB, Rukunegara, Wawasan 2020 dan Islam Hadhari ini hanyalah gimik setiap Perdana Menteri yang dicipta untuk dijadikan slogan masing-masing.
Dasar dan slogan ini terkubur dengan kematian atau perletakan jawatan Perdana Menteri berkenaan. Dan seolah-olah mereka sengaja meletakkan tarikh penamat gimik-gimik itu jauh di hadapan; semacam hendak mempastikan bahawa mereka sudah tiada apabila dasar itu tamat.
Oleh kerana DEB sekadar dasar dan gimik Umno maka tidak salah jika Kerajaan DAP di Pulau Pinang tidak melaksanakannya.
DEB hanyalah satu program di bawah Perkara 153 yang melindungi kedudukan istimewa Melayu.
Umno dan media menggambarkan seolah-olah DAP telah melanggar Perlembagan atau undang-undang.
Walau apa pun, Dr. Abdul Aziz menyambung, kita tidak pasti sama ada ia masih berjalan atau tidak kerana pada awalnya DEB, yang dimulakan pada 1970, hendak ditamatkan pada 1990. Tetapi oleh kerana ia gagal maka ia pun dilanjutkan. Umno jelas takut dipertanggung jawabkan atas kegagalan DEB itu.
Malangnya masyarakat Melayu melihat DEB seperti keramat yang tidak boleh dikritik apa lagi dikesampingkan.
Tragedi yang berlaku di sini ialah dasar-dasar itu tidak pernah dibincang dan dinilai secara telus, sebaliknya ia diwar-warkan ke sana ke mari untuk tujuan politik dan mengugut orang Melayu.
"Yang mengikat dan menjadi peraturan kita ialah Perlembagaan, dan ia mengikat semua orang, tak kira Melayu atau tidak," kata Dr. Abdul Aziz lagi.
Bagaimanapun pakar Perlembagaan dari UIAM itu menjelaskan, ia bukanlah sampai ke tahap menggantikan Al-Qur'an.
Beliau berkata Perlembagaan hanyalah dokumen perundangan yang kita gunakan untuk mentadbir selain menjamin hak-hak kita sebagai warganegara.
"Dan tak perlulah kita memasukkan elemen-elemen seperti Rukunegara, Wawasan 2020 dan seumpamanya kerana ia akan mencampur aduk dan mengelirukan kita semua," ujarnya lagi.- tajdid

Wednesday, March 12, 2008

Kuasa Rakyat...............

Tahniah kepada semua yang memilih wakil rakyat melalui kuasa yang diberikan.Agak memeranjatkan banyak negeri telah jatuh ke tangan Barisan Alternatif.tahun 2008 telah
membawa kepada satu corak pemerintahan yang berlainan.

Selama 50 tahun Malaysia merdeka,Barisan Nasional telah mendominasi kerusi Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri.Boleh dikatakan hanya Kelantan 'fix deposit' parti pembangkang.

Kekuatan parti pembangkang telah meletup dengan kehadiran kembali Dato' Seri Anwar Ibrahim...............Aura DSAI masih lagi kuat,walaupun telah dimasukan ke dalam penjara.
1998 detik yang tak dapat dilupakan oleh semua reformis.....

DSAI telah membawa satu perasaan berani bagi semua rakyat.Parti Keadilan Rakyat bawah pimpinan Datin Seri Wan Azizah telah membuka mata semua rakyat.Tahniah Datin Seri !!

Selaku Penasihat PKR DSAI telah meyakinkan rakyat untuk menunjukkan kuasa rakyat yang sebenar.Fakta yang di berikan DSAI sepanjang penjelajahan ke seluruh tanah air,telah membuka mata hati rakyat.Rakyat selama ini menginginkan seorang pemimpin yang tegas,berjiwa pemimpin dan berani kerana benar !!!!

Tahniah juga kepada Puteri Reformis Yb Nurul Izzah yang telah berjaya dalam percubaan pertama menyelami dunia politik Malaysia.Semoga Yb dapat menjalankan tugas dengan baik dan berani,sebaik Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Apa jua keadaan sekarang tahniah kepada BARISAN ALTERNATIF kerana berjaya memenangi
hati rakyat.


TAKBIR !!!!!!!!!