Friday, July 18, 2008

KRONOLOGI GERAKAN ANWAR - SEJAK HADIR DI BPR, PUTRAJAYA DAN DI IPK KUALA LUMPUR

KRONOLOGI GERAKAN ANWAR - SEJAK HADIR DI BPR, PUTRAJAYA DAN DI IPK KUALA LUMPUR
Khamis, 17 Julai 2008 •
16 Julai

10:05 pagi : Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung laporannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara 1 Julai lalu.

12:10 tengah hari : Anwar selesai memberi keterangan kepada BPR.

1:00 tengah hari : Anwar ditahan polis berdekatan dengan rumahnya di Bukit Segambut.

1:15 tengah hari : Anwar tiba di Ibu Pejabat Polis Kontigen Kuala Lumpur (IPKKL).

1:30 tengah hari : Isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama ananknya, Nurul Nuha tiba di IPKKL.

2.30 petang : Anwar mula memberi kenyataan kepada polis berhubung kes liwatnya dengan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

3:15 petang : Dr. Wan Azizah dan peguam Anwar, Sankara Nair memberi kenyataan kepada pihak media yang menunggu di luar IPKKL.

8.35 malam : Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani ujian DNA.

8.45 malam : Anwar tiba bersama kenderaan polis di Hospital Kuala Lumpur.

9.00 malam : Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ditemui Azmin Ali, Naib Presiden PKR di bangunan Parlimen.

10.20 malam : Anwar selesai menjalani ujian DNA dan bergerak pulang bersama kenderaan polis ke IPKKL.

10.30 malam : Peguam Anwar berkata, Anwar menjalani pemeriksaan biasa di HKL dan ujian DNA tidak dijalankan hari ini. Anwar tidak membenarkan sampel DNA diambil.

11.30 malam : Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah tiba di IPK KL dengan beg, dipercayai pakaian untuk Anwar.

11:45 malam : Anggota MT PKR, Badrul Hisham Syahzani mengisytiharkan gerakan reformasi bermula malam ini.

17 Julai

12.10 tengah malam: Peguam Anwar, Sankara Nair mengesahkan anak guamnya akan ditahan malam ini.

12.24 tengah malam: Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd. Akin menenangkan penyokongnya di kawasan IPK KL dengan meminta mereka supaya tidak bertindak ganas.

12.35 tengah malam: Sivarasa memaklumkan polis akan menyambung mengambil keterangan daripada Anwar pukul 7.30 pagi (Khamis) dan akan memutuskan pada pukul 1 tengah hari sama ada dihadapkan di mahkamah ataupun sebaliknya.

9.45 pagi: Anwar dibebaskan dan dibawa pulang ke Mahkamah, beliau dikehendaki untuk melapor diri di IPK KL bulan hadapan. Beliau yakin tuduhan berkenaan tidak berasas sekiranya polis menjalankan tugas secara profesional dan telus.

Isu Altantuya, Anwar cabar polis siasat Najib berkaitan pembunahan wanita Mongolia

SUMBER: www.suarakeadilan.com

Thursday, July 17, 2008

DSAI bebas...

mengemparkan!!!! DSAI ditahan di hadapan rumahnya.dengan belasan kereta polis dan UTK,telah menahan DSAI.penahanan ini agak mengemparkan kerana jika diikutkan,DSAI perlu ada sebelum pukul 2 petang di IPK KL.

Ini menunjukkan terdesak nya pimpinan BN dalam cuba menghalang DSAI untuk terus berjuang.kebelakangan ini agak banyak tohmahan ke atas DSAI

Semasa menaip ini,DSAI telah kembali ke rumah.dan dijangka akan mengadakan satu sidang akhbar pada pukul 2 petang nanti.

Mari kita tunggu apa yang akan DSAI katakan...................

Anwar Bebas

Malaysiakini: Anwar freed on police bail17/07/08 0 comments

Jul 17, 2008

PKR de facto leader Anwar Ibrahim has been freed on police bail this morning. He was seen leaving with his family and lawyers in a car at 9.45am.

MCPX
He has gone back to his house in Bukit Segambut, Kuala Lumpur and is expected to call a press conference at 2pm.

Anwar Bebas

Malaysiakini: Anwar freed on police bail17/07/08 0 comments

Jul 17, 2008

PKR de facto leader Anwar Ibrahim has been freed on police bail this morning. He was seen leaving with his family and lawyers in a car at 9.45am.
He has gone back to his house in Bukit Segambut, Kuala Lumpur and is expected to call a press conference at 2pm.

Wednesday, July 16, 2008

DSAI ditahan !!!!

Siaran Media
16 July 2008

ANWAR TELAH DITAHAN

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditahan oleh polis kira-kira jam 1.00 tengahari sebentar tadi.

Beliau pulang ke rumah selepas disoalsiasat oleh Badan Pencegah Rasuah pagi ini sebelum bertolak ke IPK. Beliau ditahan dan dibawa dengan kereta polis semasa dalam perjalanan ke IPK KL.

Penyokong diminta berkumpul secara tenang di IPK KL untuk memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.







Malaysiakini: Anwar ditahan polis bertopeng
Jul 16, 08 1:15pm
Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.

Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.

Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.

Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.

Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.

Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.

Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.

Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.

Kira-kira 200 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur.

Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.

Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.

Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Dalam pindaan terbaru, peruntukan ini berbunyi seperti berikut: Di bawah seksyen ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu.

Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.





[Berita penuh menyusul]

Friday, July 4, 2008

Pemimpin Ulung,Ayah dan Datuk......




Dato' Seri Anwar dan Datin Seri Wan Azizah bersama cucunya.Gambar ini disalin dari blog DSAI http://anwaribrahimblog.com.Semoga DSAI dan keluarga sentiasa diLindungi oleh ALLAH.amin